SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN

Pemilihan Parti : jppkeadilan@gmail.com

Bantahan dan Rayuan : jpprayuan@gmail.com

Laman Web : keadilan.pemilihan2018@gmail.com

LOKASI KAMI

SOCIAL MEDIA

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Pemilihan Keadilan 2018

ETIKA KEMPEN PEMILIHAN PARTI



ETIKA KEMPEN PEMILIHAN PARTI

Pemilihan kepimpinan keadilan adalah proses dalaman parti yang akan dijalankan dengan semangat ukhwah, demokrasi dan bersih demi memperkukuhkan agenda reformasi. Pemilihan ini juga diharapkan dapat mewujudkan dan menapis calon yang bertanding agar mereka yang terpilih adalah yang terbaik bagi membawa Parti Keadilan Rakyat ke tahap yang disegani dan sebagai pemerintah yang bebas dari amalan yang tidak sihat.

Dengan ini, JPP menyarankan semua calon yang bertanding dapat berkempen dalam suasana yang aman, damai dan sihat.

Sejajar dengan menyuburkan demokrasi, calon-calon dinasihatkan supaya menyerapkan Tata Etika berikut dalam kempen anda.

1) Tumpukan kempen kepada pencerahan tentang manifesto dan aktiviti yang akan ditawarkan bagi tujuan memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat.

2) Gunakan potensi dan prestasi sendiri seperti gerak kerja, ketrampilan diri dan sebagainya untuk menarik perhatian anggota parti.

3) Ditegah berceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran – hadkan aktiviti ini kepada majlis tertutup dengan kehadiran 100 orang.

4) Jangan gunakan budaya tuduh menuduh sesama calon. Ditegah sama sekali membuat serangan peribadi pada calon lain.

5) Poster, iklan dan apa-apa sahaja bahan kempen adalah untuk tujuan memperkenalkan calon dan mestilah mempamerkan wajah calon sahaja. Jangan pamerkan dalam bentuk berkumpulan. Ini termasuk dalam bentuk poster, banner, streamer, handbill dan sebagainya dimana ia dipamerkan di khalayak ramai.

6) Ditegah berkempen dengan cara kekerasan dan ugutan untuk meraih undi.

7) Perbuatan membeli undi ditegah sama sekali.

8) Jangan menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk berkempen.

Etika Kempen ini adalah tambahan kepada ‘Tataetika Pemilihan’ yang diedarkan oleh SUA pada 26hb Jun 2018. Pelanggaran etika kempen pemilihan ini, calon berisiko untuk disingkirkan daripada bertanding dalam pemilihan ini atau apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai.



DATO’ RASHID DIN

Pengerusi

Jawatankuasa Pemilihan Pusat

Parti Keadilan Rakyat

s.k.: 1. Pejabat Presiden

2. Pejabat Setiausaha Agung


This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now