• Pemilihan Keadilan 2018

KENYATAAN RASMI JPP

Salam hormat untuk semua.


Banyak pihak telah menghubungi JPP berkaitan dengan kenyataan Jawatankuasa bantahan, aduan, rayuan dan disiplin Pemilihan Parti 2018, yang telah dinaikkan dalam portal JPP semalam.


Adalah dimaklumkan bahawa, perkara ini adalah proses biasa yang dilaksanakan sejak dari awal proses pemilihan parti 2018 bermula. Ini adalah kerana Jawatankuasa ini diwujudkan untuk memastikan proses perjalanan pemilihan parti berjalan mengikut Tatacara Peraturan dan Tataetika yang telah ditetapkan oleh Majlis Pempinan Pusat (MPP) parti.

Jawatankuasa ini bersidang untuk meneliti bantahan, aduan atau rayuan yang diterima dari masa ke semasa sepanjang proses Pemilihan parti 2018 berjalan. Oleh kerana bantahan, aduan dan rayuan sentiasa diterima sepanjang proses pemilihan 2018 ini berjalan, Jawatankuasa ini akan meneliti semua fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan dengan merujuk kepada Peraturan dan Tataetika pemilihan 2018 untuk membuat keputusan. Biasanya, keputusan-keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa ini, hanyalah melibatkan sama ada menerima atau menolak bantahan, aduan dan rayuan, atau mengeluarkan peringatan dan amaran. Jawatankuasa hanya akan memanggil mereka yang berkenaan sekiranya kes-kes aduan berkaitan dengan hal disiplin. Jika mempunyai bukti yang kukuh berkaitan dengan disiplin, kes-kes ini akan dirujuk kepada Jawatakuasa Disiplin Parti. Ini adalah kerana kuasa untuk tindakan disiplin hanya ada pada Jawatankuasa Disiplin Parti.


Oleh yang demikan, untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, JPP sekali lagi ingin menjelaskan bahawa, Jawatankuasa bantahan, aduan, rayuan dan disiplin Pemilihan Parti 2018 hanya mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan Peraturan, Tatacara dan Tataetika pemilihan sahaja.


Sekian dimaklumkan, terima kasih


Kenyataan bersama

Dato’ Rashid Bin Din

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan 2018


dan,


Dr. Syed Husin Ali

Pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Aduan, Rayuan, dan Disiplin Pemilihan 2018

24hb Oktober 2018.

421 views

SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN

Pemilihan Parti : jppkeadilan@gmail.com

Bantahan dan Rayuan : jpprayuan@gmail.com

Laman Web : keadilan.pemilihan2018@gmail.com

LOKASI KAMI

SOCIAL MEDIA

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now