- Pemilihan Keadilan 2018
NOTIS PERTUKARAN TARIKH PENGUNDIAN PERINGKAT CABANG DAN NEGERI
Didahului doa semoga saudara-saudari seisi keluarga beroleh kesejahteraan dan berada dalam
semangat juang yang tinggi.
2. Perkara di atas adalah dirujuk. Jawatankuasa Pemilihan Parti telah mengadakan perbincangan dengan teliti berhubung dengan tarikh pengundian peringkat cabang dan negeri bagi negeri Perlis, Kedah, Perak dan Sarawak yang telah dikeluarkan sebelum ini. Maka, JPP bersetuju dengan tarikh pengundian yang baru. Sila rujuk lampiran 1.
3. Segala urusan dan perjalanan Pemilihan Parti 2018 adalah menurut arahan dan ketetapan
Jawatankusa Pemilihan Pusat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
4. Perhatian dan tindakan saudara-saudari mengenai perkara-perkara tersebut di atas amatlah
diharapkan dan dihargai.
Harap maklum, terima kasih.
SALAM REFORMASI,
DATO’ RASHID DIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Pusat
Parti Keadilan Rakyat


